:white_check_marKHASIAT KAYU MANIS CEYLON (1)


1. Penyakit Jantung

Sapu madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan. Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung. Bagi yang pernah diserang serangan jantung, amalan ini boleh menjauhkan pesakit dari serangan seterusnya. Ia juga memperbetulkan sistem pernafasan dan menguatkan jantung.

2. Radang sendi (arthritis)
Campur 2 sudu teh madu dan satu sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 cawan air. Minum setiap pagi secara tetap setiap hari. Kajian yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mendapati bahawa dari 73 dari 200 pesakit arthritis yang diberikan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

3. Jangkitan Pundi Kencing
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi kencing.

4. Kolesterol
Campuran dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis didalam 16 auns air teh telah menurunkan 10% kandungan kolesterol di dlm badan pesakit dalam masa 2 jam. Pengambilan sebanyak 3 kali sehari pula boleh menyembuhkan penyakit kolesterol tahap kronik.

5. Selesema
Ambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk, demam dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

6. Perut Bermasalah
Bancuh 1 sudu madu dan 1 sudu teh Kayu manis di dalam 1 gelas air suam. Minum bila perlu.

7. Kembung (gas)
Kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

8. Imun Sistem
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria.

9. Tak Hadam
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

10. Influenza
Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu dan kayu manis mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

11. Memanjangkan jangka hayat dengan izin Allah
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap boleh mengelakkan kerosakan sel sel tubuh disebabkan bertambahnya usia. Ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 gelas air panas untuk membuat teh. Bila suam, masukkan 4 sudu teh madu. Minum 1/4 gelas, 4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - InsyaAllah , umur kita akan panjang)

12. Jerawat
Ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis.Jadikan seperti pes. Sapukan pes ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

13. Jangkitan Kulit
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

14. Hilangkan Berat Badan
Bancuh 1 sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 gelas air panas. Bila air menjadi suam, campur 1 sudu madu. Minum sekurang kurang nya 30min sebelum sarapan pagi ketika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur. Jika minum secara tetap , ia tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Penawar Kencing Manis dengan KAYU MANIS CEYLON

PENAWAR KENCING MANIS



Assalamualaikum semua. Pagi pagi ni kak dayah share satu resepi atau petua ringkas untuk menurunkan gula dalam darah (kencing manis).
Bahan dan cara dia teramat mudah. InsyaAllah mujarab sekiranya buat dengan konsisten.
Bahan:
1/2 batang kayu manis ceylon.
1 cawan air panas.

Cara:
Sebelum sarap.
Rendam 1/2 batang kayu manis ceylon dalam air panas.
Lepas sarap.
Minum air rendaman kayu manis ceylon tadi.
Kalo dah habis boleh refill air 2 ke 3 kali lagi.

Ha. Mudah je kan? Jangan guna kayu manis hat kat dapur tu. Itu bukan mengurangkan sakit. Itu boleh mendatangkan sakit.
Kalo korang nak cube petua ni. Pastikan guna yang namanya CEYLON ya. Selain kencing manis, kolesterol pun boleh turun.
Selamat mencuba.